Sunday, September 16, 2012

MERDEKA RAYA!

assalamualaikum smua... :D selamat menyambut hari kebangsaan yang ke-55... korg tgk tak kitaorg dalam tv buat persembahan daripada pagi?? mesti korg tidur kan?? dah agakk.... kalau aq tk msuk prsmbhn nie pun aq tidur jgk..hehhe :3... oklah thun nie alhamdulilllah aq dikira sbgai insan bertuah yg dpt myrtai hari kemerdekaan yang ke-55...sramai 34 org warga aspurie f2 sahaja yg dipilih... kami berlatih dalam masa sebulan lebih la jgk.... latihan pertama kami di PANDAMARAN,KLANG.SMKS18 ditugskn utk mmbawa kain jalur...first2 dtg agk kekok la sbb kitaorg dtg dgn pkai tdg labuh dan bju muslimah... time kitaorg dtg tu ada yang panggil kitaorg ustazah la,skolah tahfiz la,skolah pondok pun ada... *haisshh,,sabar je la T_T
*sblum bertolak smpt brgmbr dgn pengetua tercinta :)
*suasana dalam bas walaupun baru pukul 6.30 pagi..
*suasana di PANDAMARAN dgn bdk seksyen 11 
*nmpk tak belakang tu SJKC PANDAMARAN??hehe :3
*cikgu bersama jurulatih kami .... yang ada atas pentas tu la jurulatih kami...
Jurulatih kami sangat baik la..kami mesti buat senaman dan bacaan doa dulu seblum mulakan latihan.sminggu lps tu kami buat latihan di DEWAN BUKIT TINGGI.seminggu kemudian kami buat latihan di STADIUM TITIWANGSA....mmg kena bertolak seawal jam 5 pagi....

*time kat stadium titiwangsa,,,
kitaorg still berlatih sampai la 31 ogos 2012.byk brg yg kami dapat seperti kasut,baju,seluar,glove dan sebagainya...cuma elauan je blum dapat lagi :p
*brgmbr dkolam air terjun sementara tggu bas dtg,,,

SEHINGGALAH TIBA TANGGAL 31 OGOS.....
*brgmbr pkai jaket sblum ke dataran merdeka..
Time tu smua org cuak sbb nk buat betul2...serious pagi tu rasa berdebar sgt...rasa nak pengsan pun ada....tapi kami cuba buat sebaik mungkin utk menjayakan hari kemerdekaan thun ini :)
korg boleh tgk video nie kalo nk tgk persembahan kitaorg .. 

                                              :
klik link di bawah :-

akhirnya,,,tibalah waktu nak berpisah ngn bdk2 merdeka...walaupun kitaorg selalu mrh2 diorg,,,,benci la apa la...tapi kitaorg rasa sedih plk nk berpisah T_T.... pertemuan dan perpisahn itu ketentuan ALLAH S.W.T. :)
aq dan rakan2 cuma boleh redha je......
*brgmbr dgn kak farah sekeluarga time abis merdeka...

*smpat bergambar dengan artis... spe tah nama dia...lupa... -_-'

*gmbr terakhir menaiki bas pakcik ba'ayah ...terima kasih pak cik bgi kitaorg duit raya dan sggup lyn  karenah kami .. :)

SEKARANG SMUA NIE TINGGAL KENANGAN,,,RINDU NAK PERGI MERDEKA LAGI :')...
tak pe,,skrg nie nak fokus dkt exam dan PMR thun dpn...lagi2 batch 98 batch terakhir PMR...so,,nk bagi result gempak punya... apa2 pun goodluck utk akk2 thun nie...dn utk batch 98,,sama2lah kita bersaha!! :D

sekian sahaja,,,assalamualaikum :)










SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI :D

assalamualaikum smua...kli nie nk post pasal hari raya aidilfitri thun nie... agak sama macam tahun2 sblum nie tapi meriah la sikit sbb smua saudara mara balik kampung.... :D.. yg kurg seronok sbb duit raya sikit la jgk ... maybe sbb aq dah bertmbh ketinggian smpai org x percaya aq f2.... T_T *sabar je la ...
*gmbar kami sekeluarga dpagi raya..
Tahun nie aq mengenakan baju jubah coklat dipagi raya.Keluarga aku  tak pernah nak pakai baju sama sebab kakak aq ckp macam "boria"..haha xD~ sbb tu la kitaorg pkai warna warni...  Tahun nie keluarga paksu aku balik kampung pada raya ketiga mungkin tulah sebabnya raya tahun nie sunyi je...sebab aq tak de kawan kot... mana taknya,semua saudara mara aku dh besar gajah ... dalam keluarga,aku sorg je skolah menengah..yang lain smua dah kerja atau masuk universiti... tak pe lah,,aq nak hargai hidup bersekolah...org kata bersekolah adalah satu zaman yang bahagia dan mudah...?? betul ke?? jadi aq bersyukurlah aq belum tua macam kakak2 dan abg2 aq tu...maklumlah anak bongsu :p
*keluarga mak lang
hah,,nie la lagi satu family yang ada kat kampung ngan kitaorg iaitu family mak lang...Tgk,diorg smua dh besar2 dan ada anak....Aku just main dengan anak2 diorg je.. yang bestnya family mak lang aq nie,,smua anak dia lelaki ...dah la mak lang aq nie kembar kepada mak aq...jadi semua anak dia kena bagi duit raya kat kitaorg,,*yey xD!!  perasan tak kak ngah aq tgh mengandung tu?? dia tgh mengandungkan anak kembar la... mesti best kan?? dalam keluarga aq pun tgh tunggu spe la yg dapat anak kembar sbb genetik kembar dalam keturunan kitaorg kuat... aq harap sangat dapat baby kembar.. :3..hehe...Kesedihan raya tahun nie sebenarnya sebab arwah mak long aq dah meninggal..tahun lps arwah meninggal betul2 lps raya.... lagipun tahun nie nenek aku buat umrah sampai habis raya...dah habis raya baru dia balik...dia kata dia teringin  nak berpuasa dan beraya di sana.. rezeki nenek dapat lah dia ke sana buat kali ke-2... :)... 
*smpul duit raya yg aq dapat la .. haha xD~
penat beraya sampai pukul 4 petang kami pun pulang ke rumah... ayah dan paklang sibuk pergi memancing dekat sungai yang berada betul2 di hdpan rmh kami....yang lain sibuk mmnjt pokok kelapa kat belakg rmh.. haha :D.. kami yang kanak2 ribena nie sibuk mandi sungai ...
*baby muaz mandi sungai jgk ^^
pada malam hari raya tu kampung aku meriah dengan bunyi mercun dan bunga api..maklumlah along aq bawak balik 2 kotak mercun...abis malam tu tak tidur org kampung...Kami sekeluarga pulang ke rmh pada hari sabtu tepat jam 2 petang..ok la sampai sini sahaja kisahnya.....tahun nie tak banyak tangkap gambar sbb kamera rosak...hehe..ok assalamualaikum.. :))




Saturday, June 9, 2012

ALHAMDULILLAH SIAP

assalamualaikum
alhamdulillah,siap jugak kerja yang diberi oleh CIKGU ASYRAQ.buat blog da siap,ada empat pos sepanjang cuti skolah(apa yg kmu buat)dah siap... ALHAMDULILLAH :D...LEGA :))

kenduri kahwin :D


ASSALAMUALAIKUM SMUA,
tarikh bercuti-----> 8 JUN 2012...
"CUTI SEKOLAH INI,RAMAI BETUL ORANG NAK KAHWIN....DEKAT PUCHONG NI SEPULUH KAD UNDANGAN PERKAHWINAN aku terima ,,,, syukurlah tak perlu masak...jimat :D"omel emakku.hari nie aku dan keluarga menghadiri sbuah kenduri kahwin saudaraku di  BATANG KALI,RAWANG SELANGOR.Kenduri ini merupakan perkahwinan saudaraku punya saudara .Kami tiba di tempat perkahwinan tepat jam 3 petang kerana sesat dan perjalanan mengambil masa selama 1 jam setengah dari PUCHONG k BATANG KALI . Walaupun aku sedikit penat kerana perjalanan yang jauh,,tetapi aku tetap gembira saat bertemu saudara maraku yang sudah lama tiak ditemui.
setelah selesai menghadiri majlis perkahwinan,ayah membawa aku dan keluarga berjalan- jalan di sekitar hulu yam kerana jalannya sangat hampir.Kami melihat keadaan sekeliling dan terjumpa air terjun .Ramai orang di situ menyebabkan ayah tidak mahu berhenti untuk melihat sebentar.Tiba-tiba aq terlihat signboard "NUR LAMAN BESTARI".Aq berasa sungguh gembira melihat papan tanda tersebut kerana aku masih tidak dapat melupakan kenangan kem pengawas bersama pemimpin asrama di sana.Kenangn yang cukup indah buatku.Kem tersebut betul2 bersebelahan dengan jalan menyebabkan aku terfikir sesuatu."KETIKA AKU SEDANG SOLAT SUNAT  DAN SEMENTARA MENUNGGU SOLAT SUBUH,AKU TERLIHAT KERETA LALU LALANG BERTUL2 DI HADAPAN TEMPAT KAMI SOLAT.MEMANDANGKAN KAMI SOLAT DI ATAS TAR JALAN,AKU MEMERHATIKAN KERETA2 TERSEBUT.AKU PELIK DIMANA LOKASI KAMI BERADA SEDANGKAN KAMI BARU LEPAS"IMSAK WALK" PADA WAKTU ITU.AQ TIDAK DAPAT MELIHAT DENGAN JELAS KERANA MASA ITU LANGIT MASIH GELAP KERANA BELUM SUBUH" Sekarang baru aku tahu di mana lokasi kami solat pada waktu itu.Aku tersenyum sendirian semasa melepasi kem tersbut.Indahnya pengalaman :)
Ayahku berhenti di suatu tempat yang aku kurang pasti.Tasik nya sangat besar dan cantik.Emak ku membeli sedikit juadah buat kami,,Aku dan kakak pula menikmati ais krim

*pasangan pengantin ^^ 




*TASIK HULU YAM(TAK PASTI NAMA SEBENAR)

*mak sempat beli makanan



*kakak yang pergai cm kanak2 ribena ^^


Selesai melihat suatu ciptaan ALLAH yg cukup indah itu,kami pun meneruskan perjalanan pulang.disebabkan kelihatan bermain smasa kenduri ,aq dan kakak tertidur sehingga kami tiba di rumah.Aku buka mata sahaja aku sudah berada di dalam bilik tidur ku . :)
Itu je post kali ini..assalamualaikum :)

OUTING,IOI MALL

assalamualaikum :D
hari nie ---> 7 jun 2012,,aq dengan kawan aq "hang out" pegi ioi mall,PUCHONG.
kitaorg pegi sepatutnya 6 org je....tpi,saudara aq tiba2 datang dan kata nak ikut jugak....jadi kitaorg pun pegi seramai 10 orang...Bila kitaorg gerak nampak macam 1 huge happy family je sbb adik saudara aq pun ada...aishhh -,-'...Tujuan kitaorg pegi nie just nak tengok wayang je pun cerita "MADAGASCAR".hARI PERTAMA keluar wayang pulak tu.Jadi,kitaorg pun keluar seawal mungkin sebab takut tiket wayang abis....kitaorg bertolak seawal jam 10.30 pagi.
Sampai je IOI MALL,(naik kereta ) kitaorg terus lari naik lif dekat bangunan baru..(masuk ramai2 dalam lif tu buat aq jadi "sardin")Sampai je kat tingkat tiga,,,kitaorg trus pecut pegi GSC .... kitaorg trus kluarkn duit pegi beli tiket .... (org pertama sampai depan pintu wayang ^^)
*madagascar3D :D



*tengoklah berapa panjang tiket wayang 10 org tu :O 


Sementara tunggu jam menunjukkan angka 12..20 kami pergi ke kedai buku POPULAR untuk melihat novel baru. 




Tepat jam 12.20 kitaorg masuk wayang.Madagascar 3D mmg best sangat ... tergelak sampai pecah perut kitaorg lagi2 3D mmg dapat rasa macam dalam "movie " la....  Selps tgk wayang,kitaorg solat zohor dahulu....Selesai solat zohor,perut masing2 dah memainkan rentk hip hop mintak diisi... Aq dan kawan2 aq makan dekat kfc je,,,(tak bawak byk duit)amy dengan elyyna je yg makan kat tutti fruti.... 
*iklan kfc ^^

Selepas perut kenyang,barulah ada tenaga nak main bowling....Tempat boling tu mmg sangat2 ssak dtmbh dengan 2 link boling yang rosak...jadi org yg tunggu giliran mmg berderet... Semasa kitaorg tgh syok2 main boling..... sekumpulan budak lelaki duduk"  berjemur " betul2 kat link tempat boling kitaorg.....aq mmg rasa x selesa nak main sbb ramai sangat yang perhatikan kat belakg tu.... dah la diri nie tak berapa handal main b oling... asyikk masuk longkang je ><..... TAPI alhamdulillah,game ke-2 aq dapat 3 kali staright....dan smua game aq menang ~ ! (yey) Masa aq nak baling bola boling tu,,ada sekali tu msuk longkang....lepas tu... bdk2 lelaki kat belakang tu jerit..."YES2!" sbar je la aq dengar.... -,-....tiba2 sekumpulan budak lelaki yang baru datang dan duduk btul2 sblah link kitaorg(padahal link sblah tu rosk)lagilah tak selesa aq nak main... =,='....
budak tu pulak boleh ambil kamera dia sambil tunjuk "peace" kat kitaorg.... dia nak tangkap gamba kitaorg sorg2.... Aq ape lagi.,trus duduk diam2 dan buat tak endah je dkt budak tu...dah la tak kenal,ttiba nak tgkp gmba org ....

*lapar sangat


*muka samseng pose dekat bowling centre xD~



*aq dgn bola boling yg agak "ringan"



*FRIENDS TILL END :D

*kitaorg cuba buat bintg smbil pkai kasut boling,,,bintak yang x berapa jadi :)


                                              *kitaorg sempat singgah kat playground kanak2 :D`

*muka dah bosan tggu giliran.

*aq dan amy,,amy pikir bola boling tu macam bola sepak xD~

Tepat jam 6 petang kami tiba dirumah dengan menaiki bas mini.Aku harap aku dan kawan2 lama aq dapat selalu  "outing" bersama sbb skolah pun dah jauh,,jumpa jarang2 je :))



PPAS,SHAH ALAM :D

ASSALAMUALAIKUM smua :D,sihat??
tarikh pergi ppas:----->1 jun 2012
Hari ni KAMI (syahirunisa,fara,maryam,siti aisyah dan saya) pergi perpustakaan SHAH ALAM,SEKSYEN 13 yang lebih dikenali dengan nama "PPPAS".Kami berlima ke sana bagi menyiapkan kerja N.I.E (magazine) .... kerja kami bermula pada jam 9.30 pagi.Kami dikehendaki membuat 2 majalh bgi N.I.E.Kami berbincang dahulu baru mencari maklumat dan buku2 yang teradapat di dalam perpustakaan tersebut.Maryam dan Fara melayari internet di komputer yang disediakan manakala saya,aisyah,dan nisa berjalan ke setiap tingkat untuk mencari buku.Hasilnya....TIADA -,-'....nasib baik Maryam dan fara dapat  maklumat daripada internet..alhamdulillah :D... tiba2,,,perut kitaorg minta diisi  dan kami pun turun ke kafe untuk mengalas perut.Hanya satu gerai yang beroperasi  dan sbanyak pilihan  makanan.Saya dan kakak memilih 3 ketul karipap dan 2 gelas air oren...alhamdulillah,dapat juga mengalas daripada tiada :)
Selesai makan kitaorg naik kembali untuk membuat kje yang bertangguh.Suara kitaorg agak bising dan menyebabkan kitaorg ditegur 2 kali oleh "mak cik" kat situ....Kitaorg buat tak heran dan teruskan perbincangan sehingga kedengaran pembesar suara"PERHATIAN KEPADA WARGA PPAS,SILA PERLAHANKN SUARA ANDA KERANA MENGANGGU ORANG LAIN."macm tu la kot x silap penguguman yang dibuat.Kitaorg macam terkejut la time annoucement tu sbb tak sangka kuat sangat ke suara kitaorg nie ? -,-' aish.... Tiba-tiba azan berkumandang dan kami pun memunaikan solat zohor bersama-sama.
*actually main game nie smpai gelak tergolek-golek sbb tu bising,,haish tom talking cat(hp echod)>_<

*semangat buat kje :)

*nisa and maryam :D

*hasil kerja kitaorg :D

*carik bahan

*eh,,tangan spe yang menyibuk tu? >_<

KAMI (smpt brgmbr,tpi echod tak nak bergambar >_<)

Kami pun meneruskan kerja kami yang terhenti sebaik terdengar pengunguman tadi.Kami bermain dengan tom talking cat sehingga tergelak - gelak.Suara kucing tu sangat comel....kitaorg mengaanggap perpustakaan tu macam "playground" kitaorg sbb kebisinganya,main lari2... xD LOL
Tepat jam 3.30 petang kami berkemas kerana hendak balik.... 
* gmbar terakhir sblum  balik >_<

Sementara tunggu ibu bapa sampai,kami makan dahulu di kafe tadi kerana lapar sangat.Tiba-tiba kelihatan sekumpulan itik putih dan sekumpulan itik coklat yang sangat comel.Kami pun memerhatikan itik-itk itu darpada atas.(trasa nk terjun dalam air mai dgn itik tu ) 
*itik putih yang makin putih lps mandi xD~

*itik coklat vs putih :D

echod smpat belanja kmi ais krim magnum sblum balik(trima ksih)^^..
smpai sini sahaja,,asslamualaikum.....






Thursday, May 31, 2012

Matrikulasi JoHoR :)


ASSALAMUALAIKUM para pembaca,~
Semasa cuti skolah nie... saya tidak berjalan kemana-mana kerana kakak kedua saya telah melanjutkan pelajaran ke MATRIKULASI JOHOR. :( tinggalah saya seorg diri  rumah T_T...
abg saya sdg bekerja,manakala kakak kedua saya pun begitu juga.Kerja sambilan sambil mnunggu jawapan hendak ke universiti katanya...Inilah yang terjadi jikalau menjadi anak yang terakhir.... tinggal seorang diri kesepian di rumah..... T_T.... beruntung mempunyai ibu yg sanggup menemani saya drumah *thanks mak ^,^
Oleh sebab yang demikian,maka saya dan keluarga pun berangkat ke Johor pada tanggal 26 Mei..  perjalanan ini dikira sbgai percutian juga bagi saya yang tidak pernah menjejakkan kaki ke negeri "ujung tanah"><..
Kami bertolak tepat jam 2.30 petang dan alhamdulillah,selamat tiba jam 7.30 malam. Perjalanan yang mengambil masa sebanyak 5 jam nie menyebabkan kami duduk di dalam kereta seperti cacing kepanasan... >_< Almaklumlah,negeri paling jauh pernah kami terokai hingga ke pulau pinang paling jauh.... Jikalau ke Kelantan mungkin kami lemas duduk ddalam kereta.... =.='.....
                                                                             
Kami meneruskan perjalanan dengan mencari tujuan utama kami iaitu MATRIKULASI,pontian,JOHOR..
Matrik ini sangat susah untuk dtemui kerana ketiadaan "signboard" ==' d tepi jalan.... Terasa agak sakit hati apabila mendapati kolejnya terletak betul2 di tepi jalan raya.... =='.. "Fikirkan MATRIK ni dalam hutan ke,,jauh dari pekan ke....rupanya tepi highway je =='....Nasib baik kak,kalau tak akak kawan dengan moyet dalam hutan",kata ayah.Kami sekeluarga terus ketawa apabila mendengar bebelan ayah kami."Hotel murah memang susah nak cari,yang mahal bersepah je tepi jalan -.-'....aishhh...".Keluhan ayah membuatkan kami putus asa hendak mencari hotel ... Nasib baik kami menemui hotel yang berpatutan iaitu RM60 satu bilik...kami pun menyewa 2 bilik.Rumah tumpangan tersebut dimilikki oleh orang cina dan terletak betul-betul bersebelahan klinik.Pada mulanya ayah memasuki klinik tersebut kerana memikirkan hotel tersebut terletak di dalamnya...Tindakan ayah menyebabkan kami sekeluarga pecah perut ketawa di dalam kereta.
Walaupun bilik itu amat sederhana,kami bersyukur kerana kami dapat tidur dalam keadaaan yang agak selesa.Selimut yang dsediakan amat kecil menyebabkan saya dan kakak berebut tarik selimut akibat kesejukan "air-cond" yg keterlaluan....
Seawal 6 pagi kami sudah menyiapkan diri...*semangat nak masuk kolej baru ^,^
Tepat jam 8 pagi kami bertolak dan mencari tempat bagi mengisi perut kami.Kami ternampak sebuah warung lalu berhenti untuk mengalas perut.Kebetulan kami duduk satu meja dengan guru di MATRIK kakak saya.Ayah pun bersembang dan menyoal guru tersebut tentang kolej.Selesai menjamah  beberapa keping roti canai dan cawan milo ais,,,kami meneruskan perjalanan.Kami menjadi lebih teruja apabila melihat papan tanda ini:-
                                            


                                           *wuhoooo~alhamdulillah,jmpa jugk akhirnya :)
Dengan hati yang gembira,ayah pun memandu masuk kenderaan ke dalam.Kami disambut baik oleh senior2 di situ.*ramai yang handsome ^^.... Kakak saya dibwa oleh senior untuk mendaftar manakala kami dikehendaki tunggu di dewan.


                                    *da jumpa Matriknya~!

                                       



                                              *papan tanda di atas pintu dewan 
                                      
                                                                    *abg2 dekat sana bagi sbgai cendera mata ^^



Akibat terlampau bosan menunggu,saya dan kakak pertama saya pun pergi mencari kakak kedua saya yang sedang mendaftar.Wow,,pelajar yang hadir bagaikan sardin.. Ada yang hadir dari negeri sembilan,Kedah,Pulau pinang,dan tidak lupa juga di semenanjung Malaysia,Sabah dan Sarawak.Selesai mendaftar,kami dikehendaki masuk ke dalam dewan untuk mendengar taklimat.



                                                  *sempat meninjau kawasan sekolah ^^ 


                     

                                *gambar sebelum org ramai membanjiri dewan 



Selesai mendengar taklimat,tibalah masa untuk melihat asrama... kediaman asrama puteri terletak berhadapan dengan asrama putera    



 *see?papan tanda pun tulis kolej kediaman lelaki -.-' 


Selesai berhempas pulas mengangkat barang ke tingkat dua.... ayah dan emak pun sempat bergambar dengan kakak sebelum meninggalkan dia Matrik.


                   

                               *ayah tak ready,kak atikah dengan mak ceria :))
Kami pun pulang dalam keadaan yang gembira,sedih,dan penat... Saya berharap agar kakak saya gembira di sana di  samping senang mencari rakan baru.... 
----------------------->ITU SAHAJA post kali ini..assalamualaikum <-----------------------